Total Pageviews

Wednesday, May 5, 2010

BUAT TEMAN

Sahabatku,

Sekiranya aku diam tanpa bicara atas kekasaran kata dan perbuatanmu, janganlah kau gundah dan susah hati..jangan pula kau bersedih..ketahuilah bahawa aku sedang menasihati diriku supaya memaafkanmu.

Sahabatku,

Sekiranya aku memarahimu, jangan kau sangka aku membencimu..ketahuilah bahawa aku amat menyayangimu hingga takut kau tersasar!

Sahabatku,

Sekiranya aku ingin berbuat baik kepadamu walau sesaat cuma, sudilah kiranya kau menerima..ketahuilah betapa gembiranya aku pabila engkau menyambutnya dan betapa hampanya aku pabila engkau menolaknya.

Sahabatku,

Sekiranya aku memberikan sesuatu kepadamu, jangan disangka aku inginkan pembalasan..tetapi ketahuilah bahawa ia satu penghargaan yang tinggi buatmu daripadaku.

Sahabatku,

Sekiranya aku terlanjur kata atau perbuatan terhadapmu, janganlah kau membuangku tetapi pimpinlah daku..hakikatnya keterlanjuranku itu disebabkan kalahnya aku dalam melawan nafsu amarah bissuk.

Sahabatku,

Sekiranya aku memberi kata-kata nasihat kepadamu, kau ambillah..dan ketahuilah bahawa risaunya aku akan dikau dari terjerumus ke lembah kehinaan dan kemusnahan.

Sahabatku,

Sekiranya aku memasamkan muka terhadapmu, jangan disangka aku enggan meneruskan persahabatan..hakikatnya aku tidak berkenan dengan perbuatanmu dan aku lemah untuk menegurmu.

Sahabatku,

Sekiranya aku menyembunyikan sesuatu tentang diriku dari pengetahuanmu, janganlah kau berkecil hati..hakikatnya aku tidak mahu kau kerisauan.

Sahabatku,

Sekiranya aku pergi tak kembali, jangan diiringi pemergianku dengan air mata..tetapi doa darimu yang kupinta.

1 comments:

..::بشرى::.. said...

ku pernah di khianati sahabat, hinggakan maruahku di calar-calar hanya kerana seorang wanita yang ia sayang, apakah wujud manusia yang ikhlas? Allah..sesukar mencari permata di lautan

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails