Total Pageviews

Wednesday, September 14, 2011

Uwan & Atuk Tersayang....

Hmm..da besar da cucu atuk. Atuk mengadu padaku ketika aku sedang menyapu sampah di dapur rumah tua di Batu 38, Kampung Serting Tengah, Batu Kikir. Di situlah tempat lahirku dan di situlah juga aku mengenal uwan dan atuk. Uwan dan atuk selalu memujiku rajin ketika aku kecil dahulu. Rajin menolong mereka melakukan keja-kerja rumah walaupun aku masih kecil lagi. Haza min fadhli rabbi. Banyak kenanganku bersama uwan dan atuk.

Atuk selalu memerhatikan aku menyapu ruang tamu rumah menggunakan penyapu lidi. Jika caraku memegang salah, atuk akan betulkan dan menunjukkan cara menyapu dengan betul. Atuk sangat sayangkan kucing. Kucing yang liar berjaya dijinakkan. Aku suka memerhatikan atuk bermain dengan kucing. Dikepit-kepitnya kepala kucing di bawah ketiaknya bergurau manja. Kemudian dibelainya hingga lena. Atuk juga seorang yang rajin. Rajin menyapu rumah, halaman rumah, menolong uwan, mengambil tugas memasak ketika uwan tidak sihat dan pelbagai lagi. Selain itu, atuk juga tegas. Pabila aku dan cucu-cucunya leka menonton televisyen di waktu senja, lalu berkumandang azan..atuk akan menyuruh kami menutup televisyen dengan segera. Kadang-kadang, atuk ajarkan aku tentang agama. Atuk tak malu menerangkan ilmu jika menyentuh perkara-perkara tertentu. Atuk selalu ingat apa kegemaranku. Tombong kelapa! Setiap kali atuk pecahkan kelapa, jika ada tombong di dalamnya, atuk akan memanggilku. "Kak, meh sini! Nak tombong tak?"

Uwan.
Related Posts with Thumbnails