Total Pageviews

Monday, May 10, 2010

JIKA

Jika seseorang merasakan hidupnya amat susah dan sempit sekali, ketahuilah bahawa ada insan yang lebih susah dan sempit lagi hidupnya berbanding dirinya. Maka bersyukurlah selalu di atas nikmat pemberian-Nya.

Jika seseorang merasakan dengan bersikap tegas itu berkesan dalam teguran, kadang-kadang dengan bersikap lemah lembut itu lebih berkesan lagi.

Jika seseorang memandang serong terhadap seseorang yang lain sedangkan dia belum cukup mengenalinya, maka wajarkah tanggapan itu?

Jika seseorang takut untuk menghadapi kenangan silamnya yang tidak menyenangkan dan sungguh menakutkan, mengapa tidak berdoa kepada-Nya agar diberi kekuatan kepada diri membuka satu lembaran baru dari kenangan pahit itu?

Jika semua guru lebih berkenan mengajar anak-anak murid yang bijak pandai, guru mana yang setia mengajar anak-anak murid yang lemah akalnya hingga menjadi seorang jauhari?

Jika seseorang mahu berbuat baik kepada seseorang yang lain walaupun sesaat cuma, wajarkah dia tidak dilayan?

Jika seseorang berbangga-bangga dengan keturunannya, setandingkah keturunannya dengan keturunan Nabi Muhammad SAW?

Jika seseorang bermegah-megah dengan namanya, patutkah kemegahan itu melampaui dari kemegahannya pada nama Allah?

Jika seseorang merasakan dirinya lebih hebat dari orang lain lantas memandang rendah terhadap mereka, yakinkah dia bahawa dia benar-benar hebat di sisi Allah? Jangan bicara jika amalan seketul dua!

Jika seseorang itu melakukan kesalahan kepada seseorang yang lain, dia patut dibuang atau dipimpin?

Jika tiada siapa mahu dan sudi bersahabat denganmu, cukuplah al-Quran itu sebagai sahabat, teman sejati dan teman setiamu..hingga engkau mati pun dia akan setia menemanimu.

Jika kita mengatakan cinta kita hanyalah untuk Allah, maka sejauh manakah kebenarannya?

1 comments:

..::بشرى::.. said...

Allahu rabbi..kata2 nasihat yang mampu mengalirkan air mata..

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails