PERTAMA: Kita mencintai seseorang kerana apa? Adakah kerana hartanya? Atau kerana pangkatnya? Atau kerana rupanya? Atau kerana peribadinya yang baik? Jika kerana harta, harta akan susut. Jika kerana pangkat, pangkat boleh ditarik. Jika kerana rupa, rupa hanya sementara. Sampai masa, ia akan berkerut dan dimakan masa. Kalau tidak, ia akan punah sebelum tua disebabkan kemalangan atau sebagainya. Jika kerana peribadinya yang baik, ia boleh berubah dan bertukar menjadi sebaliknya angkara nafsu dan syaitan. Jadi, kita mencintai seseorang kerana apa?
Jawapannya kerana ALLAH SWT. Jika kita mencintai seseorang kerana ALLAH, kita tidak akan meninggalkannya di saat hartanya susut. Kita tidak akan lari darinya di saat pangkatnya dicabut. Kita tidak akan menjauhkan diri darinya di saat rupanya hodoh dan kita tidak akan berpaling darinya di saat buruk dan rosaknya peribadinya. Kita terima segala kekurangannya dengan hati yang terbuka kerana kita mencintainya kerana ALLAH. Segala kekurangannya kita hadapi dan atasi bersama.(Inilah mafhum yang saya dapat daripada kata-kata seorang penceramah ketika melihat siaran al-Kuliyyah di kaca televisyen.)
Jawapannya kerana ALLAH SWT. Jika kita mencintai seseorang kerana ALLAH, kita tidak akan meninggalkannya di saat hartanya susut. Kita tidak akan lari darinya di saat pangkatnya dicabut. Kita tidak akan menjauhkan diri darinya di saat rupanya hodoh dan kita tidak akan berpaling darinya di saat buruk dan rosaknya peribadinya. Kita terima segala kekurangannya dengan hati yang terbuka kerana kita mencintainya kerana ALLAH. Segala kekurangannya kita hadapi dan atasi bersama.(Inilah mafhum yang saya dapat daripada kata-kata seorang penceramah ketika melihat siaran al-Kuliyyah di kaca televisyen.)
KEDUA: Hidup kita ini tak lepas dari kepenatan. Menonton cerita penat. Mendengar lagu penat. Menghadap laptop penat. Bersiar-siar penat. Beribadah penat. Belajar pun penat. Semuanya penat. Jadi buatlah pilihan, penat mana yang kita nak. Penat kerana melakukan perkara lagho atau penat kerana mencari keredhaan ALLAH.
KETIGA: Selalulah berdoa kerana doa adalah senjata orang mukmin dan doa boleh mengubah takdir seseorang. Contoh: Pada hari ini, takdir Abu ialah dia akan ditembak di perutnya. Sedang Abu berjalan-jalan, tiba-tiba ada peluru sesat menuju kepadanya. Berkat doa pelindung diri yang dipanjatkannya kepada Allah sebelum keluar rumah, peluru tadi hanya terkena tepi jaketnya saja.
KEEMPAT: Redha Allah terletak pada redha ibu bapa. Kalau nakkan redha Allah, dapatkan redha ibu bapa terlebih dahulu.
KELIMA: Ya Allah Engkau Tuhanku, tiada tuhan melainkan Engkau, Engkau cinta agungku, Nabi Muhammad pesuruh-Mu; Ya Allah, Engkau sumber bahagia, Engkau sumber keselamatan, Ya Allah, Engkau sumber keamanan, Engkau adalah segalanya; Ya Allah, Engkaulah pelindungku, Engkaulah sumber rezekiku, di waktu sakit Kau sembuhkan, di waktu lapar Kau beri makan; Ya Allah, Engkau cinta agungku, cintaku haraplah dibalas, Ya Allah, Engkau cinta agungku, janganlah cintaku tidak dibalas; Jangan biarkanku tanpa pimpinan, pimpinlah aku ke jalan yang benar, kepada Engkaulah harapanku, janganlah hampakan perasaanku.(Ini adalah lirik lagu nasyid yang bertajuk Cinta Agung oleh kumpulan Qathrunnada.)
KEENAM: Malulah manusia yang lalai dan leka kepada haiwan-haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Tidak lupa untuk berzikir kepada Allah. Dari zaman nenek moyangnya hingga kepada cucu cicitnya. Dari satu keturunan hingga berketurunan-berketurunan zikir tidak pernah luput dari helaan nafas mereka.(Ini ilham yang datang dari Allah ketika saya berada di pasar.)
KETUJUH: Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian; Bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.(Ini adalah serangkap pantun yang sangat popular dalam masyarakat Melayu. Semua orang tahu. Tapi apa yang uniknya pantun ni pada saya, ia juga merupakan kata-kata nasihat daripada emak buat saya sebelum menduduki PMR suatu masa dahulu. Hingga kini, bila rasa malas menguasai diri, kata-kata nilah yang akan berlegar di kotak minda membuatkan sel-sel badan bangun untuk bekerja.)
Jika pembaca punya kelapangan, bolehlah berkongsi dengan saya ungkapan-ungkapan pembuka minda agar mata kita sama-sama terbuka dan pintu hati kita sama-sama diketuk. Sekian, syukran jazilan.
0 comments:
Post a Comment