Total Pageviews

Friday, September 24, 2010

Titian Kehidupan


Kadang-kadang dalam hidup ini, kita tak dapat apa yang kita kehendaki. Kita sedih, kita menangis, kita terluka. Namun selepas itu, Allah datangkan pelangi untuk kita fahami bahawa di sebalik hujan ada pelangi indah yang sedang menanti.

Kadang-kadang dalam hidup ini, kita diumpat, dikeji dan dihina. Orang lain disanjung dan dipandang mulia kerana pengaruh dan keturunannya. Hati kita tersiat menelannya. Namun pada akhirnya, Allah terbalikkan dunia. Kita di atas, dia di bawah. Sungguh, Allah bersama orang-orang yang sabar dan teraniaya.

Kadang-kadang dalam hidup ini, kita tidak seperti mereka. Mereka cukup segala. Kita kurang segala. Namun, itu bukan ukurannya. Senang atau susah adalah ketentuan-Nya. Tugas kita, bersyukur seadanya kerana ia adalah ujian iman dari-Nya.

Kadang-kadang dalam hidup ini, orang tak sedar akan kehadiran kita. Orang tak nampak keikhlasan kita. Orang tak nampak kelebihan kita kerana ada insan lain yang lebih terserlah kelebihannya kerana paras rupa, harta dan sebagainya. Kita dianggap biasa tiada nilainya. Namun pada akhirnya, di saat batu nisan sudah tertegak dan terukir nama kita, barulah mata mereka akan terbuka. Barulah kita dipandang mulia. Barulah kita ingin dihargai dan barulah disedari bahawa kasih-sayang kita tiada tandingannya. Sungguh, Allah itu Maha Adil! Tiada seorang pun dari hamba-Nya yang terlepas dari keadilan-Nya.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails