Total Pageviews

Sunday, May 30, 2010

Ya Rasulullah..


Ya Rasulullah!
Biar apapun jua wadahnya kau dipersendakan,
Tidak sedikit pun dapat merendahkan martabatmu di sisi Tuhan..
Kau tetap yang teratas..
Kedudukanmu takkan pernah berganjak..kau terus agung di hati kami.
Biar apapun jua tohmahan yang dilemparkan padamu, kau tetap yang benar.
Jika kau adalah pemilik kebenaran, mereka tidak lain tidak bukan adalah pemilik penipuan, pendustaan yang diada-adakan.
Merekalah yang kian dalam tercampak di neraka..
Nantikan saja wahai pendusta-pendusta kebenaran akan apa yang kau dustakan selama ini!
Nantikan saja! Jangan sekali-kali kau bertaubat kalau masih meragukan azab Tuhan! Sampai saatnya akanku buktikan!

Wednesday, May 12, 2010

KHALIFAH ZUHUD, UMAR BIN ABDUL AZIZ


Assalamu'alaikum..
Kali ini saya berminat untuk kongsikan dengan pembaca sekalian tentang peribadi zuhud seorang khalifah yang agung suatu masa dahulu iaitu Umar Bin Abdul Aziz.

Beliau adalah Umar Bin Abdul Aziz Bin Marwan Bin al-Hakam Bin Abu al-'As Bin Umayyah Bin Abd Syams Bin Abdul Manaf al-Qurasyi al-Umawiy. Ibunya ialah Ummu 'Asim Laila Binti 'Asim Bin Umar Bin al-Khattab RA yang digelar sebagai Abu Hafs.

Monday, May 10, 2010

ABAH


Ayahku bernama Md Kamal Bin Ismail. Aku memanggilnya dengan panggilan abah. Orangnya genius, berdiri atas kaki sendiri, penyayang tapi tegas, berdisiplin, berjiwa kuat dan banyak lagi yang tidak dapat untukku senaraikan di sini. Kuat merajuk pun ye..hehe. Jangan marah abah. Kuat merajuk menandakan seseorang itu lembut hatinya sebenarnya walaupun tampak tegas.

EMAK



Ibuku bernama Pairus binti Zakaria. Aku memanggilnya dengan panggilan emak. Asal namanya bermula dengan huruf F iaitu Fairus tetapi atas kesilapan teknikal sewaktu proses mengeluarkan surat beranaknya, namanya bertukar menjadi Pairus, bermula dengan huruf P. Tidak mengapalah, anggap sajalah makna namanya tidak berubah iaitu batu permata. Ibuku seorang yang peramah berbeza dengan ayahku seorang yang pendiam. Antara sifat-sifatnya yang dapat kulihat, beliau seorang ibu yang penyayang, sabar, kuat dan tabah, pandai berdikari, ceria dan banyak lagi….

JIKA

Jika seseorang merasakan hidupnya amat susah dan sempit sekali, ketahuilah bahawa ada insan yang lebih susah dan sempit lagi hidupnya berbanding dirinya. Maka bersyukurlah selalu di atas nikmat pemberian-Nya.

Jika seseorang merasakan dengan bersikap tegas itu berkesan dalam teguran, kadang-kadang dengan bersikap lemah lembut itu lebih berkesan lagi.

Jika seseorang memandang serong terhadap seseorang yang lain sedangkan dia belum cukup mengenalinya, maka wajarkah tanggapan itu?

Wednesday, May 5, 2010

BUAT TEMAN

Sahabatku,

Sekiranya aku diam tanpa bicara atas kekasaran kata dan perbuatanmu, janganlah kau gundah dan susah hati..jangan pula kau bersedih..ketahuilah bahawa aku sedang menasihati diriku supaya memaafkanmu.

Sahabatku,

Sekiranya aku memarahimu, jangan kau sangka aku membencimu..ketahuilah bahawa aku amat menyayangimu hingga takut kau tersasar!

Sahabatku,

Sekiranya aku ingin berbuat baik kepadamu walau sesaat cuma, sudilah kiranya kau menerima..ketahuilah betapa gembiranya aku pabila engkau menyambutnya dan betapa hampanya aku pabila engkau menolaknya.
Related Posts with Thumbnails