Total Pageviews

Monday, October 25, 2010

Komentar buat guru

Assalamu’alaikum.

Tidak dinafikan guru merupakan insan yang mulia kedudukannya dalam masyarakat malah guru merupakan insan yang tinggi darjatnya di sisi Tuhan kerana menyampaikan ilmu Tuhan kepada insan yang jahil. Mengajar manusia mengenal Tuhan, mengenal Rasul, mengenal agama, mengenal segalanya berkaitan dunia mahupun akhirat. Melalui perantaraan guru, manusia pandai menulis, melukis, mewarna, mengeja, mengira sehingga dapat mempelajari dari sekecil-kecil perkara hingga sebesar-besar perkara. Apatah lagi jika ilmu yang disampaikan oleh seseorang guru itu disertai dengan rasa ikhlas hati untuk menghilangkan kejahilan yang ada dalam diri anak muridnya. Tentulah ilmu yang diajar dapat meresap masuk ke dalam dada anak muridnya dengan mudah sekali. Jika ia lambat meresap masuk kerana sebab-sebab tertentu seperti lemah iq, guru itu tidak akan berputus asa mengajarnya sehingga dia benar-benar yakin anak muridnya itu dapat memahami apa yang disampaikannya.

Malangnya,

Thursday, October 21, 2010

Hayat

                                                   
   Nafas demi nafas dihela,
Usia kini sudah tua,
Hari demi hari tambah dosa,
Bila pula tambah pahala?
Masa berlalu sia-sia,
Merugi hidup di dunia,
Amal kosong bekalan tiada,
Apakah jawapan saat ditanya-Nya?
Hiburan sebati dalam jiwa,
Hidup penuh gelak tawa,
Terlupa kita tujuan dicipta,
Beribadah, menjadi khalifah di dunia.
Jika tiada kedua-duanya,
Gundahlah kau wahai manusia!
Menghadap Tuhan berkosong saja,
Apakah diperkenan masuk ke syurga?


Friday, October 15, 2010

MAJLIS PENGHARGAAN DAN KECEMERLANGAN MAHASISWA/WI KALI KE-3, 2010

Malam semalam, 14 Oktober 2010 merupakan satu malam yang buat pertama kalinya aku tidak dapat mengenal pasti rasa hatiku dalam satu majlis yang sangat meriah bagi semua graduan dan pelajar cemerlang. Walaupun aku salah seorang daripada pelajar-pelajar cemerlang itu, entahlah..tak tahu bagaimana nak gambarkan perasaan ni. Gembira bukan..rasa hambar..sayu pun ada..ya, sayu! Perasaan sayulah yang telah menutup suasana riang malam semalam. Zahirnya, memang aku tersenyum di hadapan semua orang, namun hakikatnya aku sayu. Inilah yang dikatakan senyum dalam sendu, ketawa dalam tangisan.

Monday, October 4, 2010

Seuntai kata untuk dirasa

Assalamu'alaikum. Kadang-kadang dalam hidup ini, ada ungkapan-ungkapan tertentu yang mengetuk pintu hati dan membuka mata kita. Di sini saya ingin kongsikan beberapa ungkapan yang membuat kotak minda saya berfikir dalam.
 

PERTAMA: Kita mencintai seseorang kerana apa? Adakah kerana hartanya? Atau kerana pangkatnya? Atau kerana rupanya? Atau kerana peribadinya yang baik? Jika kerana harta, harta akan susut. Jika kerana pangkat, pangkat boleh ditarik. Jika kerana rupa, rupa hanya sementara. Sampai masa, ia akan berkerut dan dimakan masa. Kalau tidak, ia akan punah sebelum tua disebabkan kemalangan atau sebagainya. Jika kerana peribadinya yang baik, ia boleh berubah dan bertukar menjadi sebaliknya angkara nafsu dan syaitan. Jadi, kita mencintai seseorang kerana apa?
Related Posts with Thumbnails