Total Pageviews

Saturday, August 21, 2010

Happy Birthday to Me??

20 Ogos 1987..genaplah usiaku 23 tahun. Teman, sahabat dan keluarga mengucapkan 'Selamat Hari Lahir' kepadaku diiringi doa semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki..aku menyambung di dalam hati, moga aku dipanjangkan umur dalam kebaikan dan ketaatan kepada-Nya dan dimurahkan rezeki yang halal. Pabila kufikir-fikirkan, apabila tiba hari ulang tahun kelahiran seseorang, orang yang lebih layak diberikan penghargaan adalah ibu dan bapa. Ibu yang bertarung maut untuk melahirkan dan bapa yang bertarung dengan perasaan risau yang memuncak menunggu khabar selamat isteri dan anaknya. Maka, di kesempatan ini, jutaan bukan sahaja jutaan malah trillion terima kasih kuucapkan kepada emak dan abah atas segala pengorbanan yang diberikan sejak 23 tahun lalu malah sejak aku di dalam kandungan lagi.

Pernah suatu ketika, di saat tiada seorang pun yang mengucapkan ucapan 'Selamat Hari Lahir' kepadaku, aku berasa cukup sedih. Tiba-tiba, aku terima mesej daripada abah mengucapkan "Selamat Hari Lahir, kakak!" Saat itu, barulah aku sedar bahawa kasih keluarga mengatasi segalanya dan ALLAH tidak pernah melupakanku. Hari ini, aku tidak akan sedih lagi andai kata keluarga, sahabat handai terlupa atau tidak mengucapkan 'Selamat Hari Lahir' kepadaku kerana ucapan itu tidak layak untukku tetapi orang yang selayaknya adalah ibu dan bapaku. Ucapan itu perlu diubah sedikit menjadi..'Tahniah kerana Berjaya Melahir dan Membesarkan.' Syukur juga kupanjatkan kepada Tuhan kerana memilih aku untuk menempel di dinding rahim ibu lantas mengizinkan aku menikmati hidup di dunia yang indah ini hingga sampai ajalku nanti..moga aku tidak pulang ke sana dengan tangan kosong..amin....


9 bulan 10 hari emak menanggung derita,
Siang malam abah tungkus-lumus bekerja;
Lahirku 20 Ogos 1987 tiada apa-apanya,
Jasamu itu yang paling berharga.


3 comments:

sAzUwI said...

selamat hari lahir..semoga hari2 mendatang sentiasa mendapat keberkatanNya..=)

Hafizi Tajuddin said...
This comment has been removed by the author.
Hafizi Tajuddin said...

moga ada sesuatu yg dpt disumbangkan pd masyarakat dan umat. slmt hr lahir.sanah helwa!

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails