Total Pageviews

Wednesday, July 28, 2010

Result..result....


Bila sebut tentang result exam ni, hati berdebar-debar. Namun, apa yang pastinya aku sudah lakukan sehabis baik dalam ujian penilaian pemahaman ilmu agama yang kutimba. Semua itu dengan izin dari-Nya jua. Tanpa ilham dari-Nya untuk aku berusaha dan ikhlas menuntut ilmu kerana-Nya, aku tak berdaya. Tanpa kekuatan yang dikurniakan-Nya kepadaku untuk aku menggerakkan badanku memegang buku, aku takkan berdaya. Sungguh, Allah inginkan kebaikan buat hamba-hamba-Nya. Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang terhadap hamba-hamba-Nya.

Bila difikirkan tentang result exam yang bakal keluar tidak lama lagi, aku merasakan bahawa jika keputusanku tidak memuaskan, itu tandanya aku belum cukup layak untuk terjun ke dalam masyarakat dan keluargaku. Maka, aku perlu bekerja keras lagi. Jika keputusanku cukup baik atau memuaskan pula, itu adalah milik umat. Bukan milikku semata. Maka, menjadi kewajipanku untuk menyumbang sesuatu untuk umat ini. Tidak banyak, sedikit pun cukup sebagai permulaan.

Walau apapun jua result examku nanti, apa yang pastinya aku harus berlapang dada menerimanya dan bersyukur kepada-Nya kerana di sebalik ketetapan-Nya punya mutiara hikmah yang berseri! Buat emak, abah, keluargaku, guru-guru dan teman-teman, terima kasih kuucapkan kerana tidak jemu mendoakan. Moga Allah merahmati hidup kalian dunia dan akhirat....

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails