Assalamu'alaikum..
Setelah sekian lama menyepi tanpa meng'update' blog ini, hari ini saya punya kesempatan untuk berkongsi kisah suka duka hidup ini kepada semua(walaupun saya tak punya ramai follower.)
Alhamdulillah, syukur kepada-Nya atas nikmat pulang ke Malaysia pada 7 Februari 2011 yang diberikan-Nya dalam operasi ops piramid yang lalu. Sungguh tidak saya duga saya akan dapat menatap wajah emak, abah dan adik-beradik secara tiba-tiba. Syukur Alhamdulillah.
Sesampainya saya di rumah, Oren(kucing peliharaan keluarga) sudah menunggu di dalam rumah. Persis kucing Mesir. Rangkanya besar, badannya panjang. Kucing di Mesir pun kalah barangkali.
Dua tiga hari sesudah sampai, saya banyak ke hulu ke hilir untuk menyelesaikan urusan menterjemah lesen kereta dan mencari kerja. Malangnya, kedua-duanya tidak berjaya dibereskan memandangkan status saya yang tidak menentu. Mohon mengajar, tidak dapat. Nak terjemah lesen pula, maklumat di kertas terjemahan tidak lengkap. Apakan daya, kita hanya boleh merancang, Tuhan yang menentukan apa yang terbaik buat kita. Walau apapun, alhamdulillah di atas segala ketentuan-Nya. Mungkin Dia mahu saya memanfaatkan masa cuti yang sekejap itu bersama keluarga agar saya tahu betapa besarnya nikmat Allah yang satu ini. KELUARGA.
Bila duduk di rumah takkan goyang kaki saja? Apa lagi, saya pun mulakan operasi mengemas rumah. Mula-mula, settlekan bilik sendiri dahulu. Ya Allah! penuhnya barang dalam bilik. Kemas punya kemas, sapu punya sapu, cat punya cat, akhirnya selesai juga. Alhamdulillah. Misi seterusnya ialah mengemas bilik mak dan abah. Berhari-hari juga mengemasnya sebab kemas ansur-ansurla katakan.. Hari terakhir kemas bilik mak dan abah, saya pun sapu sawang-sawang atas almari. Terbersin-bersin dibuatnya. Kemudian kibas cadar katil mak abah sebab dah terkena habuk dan sawang. Langsung tak terfikir di kepala ni nak tukar cadar tu.
Esok harinya, bangun saja dari tidur, saya nampak emak tercungap-cungap. Ya Allah! Kenapa pula dengan emak ni? Sudah! Jangan-jangan sebab saya kemas semalam. Berhari-hari juga emak tercungap-cungap. Makin lama makin hebat cungap emak. Satu malam tu, abah bawa emak ke Klinik Kesihatan Bahau. Emak pun terpaksa sedut gas. Nak ambil ubat, farmasi dah tutup. Balik dari klinik, semput mak dah reda sedikit. Tapi, esok-esoknya datang semula semput mak. Mujur, tak lama selepas itu abang balik rumah. Nampak je semput emak teruk, abang terus ajak mak pergi klinik. Di klinik, emak sedut gas lagi. Sedut sekali, tak reda. Sedut sekali lagi, tak reda juga. Akhirnya, doktor beritahu pada mak, kalau tak reda juga bila sedut kali ke-3 ni, mak terpaksa ditahan di wad. Mak pun sedut gas sekali lagi. Hah! Ambulans pun berbunyi membawa emak ke Hospital Jempol sebab semput mak masih tak reda.
Malam pertama mak di hospital, saya, abah dan adik-beradik yang lain makan malam di kedai. Lagipun abang akan pulang ke rumah sewanya di Serdang malam itu. Esok tengaharinya, saya suruh alang pergi ke kedai membeli ayam. Nak masak kari. Masak punya masak, siap akhirnya. Tiba-tiba, adik-adik komen: "Kenapa ayam kari kakak tak macam emak?" Saya pun terkedu. Alang pun komen yang sama juga. Saya pun bingung. Saya bermonolog sendiri: "Kalau masak macam ni kat Mesir, mesti kawan-kawan dah puji sedap. Tapi, apa dah jadi ni? Alang dan adik-adik macam tak selera nak makan je." Siasat punya siasat, rupa-rupanya kari mak letak cili kering. Patutlah nampak merah pekat. Rasa pun lebih sedap. Konklusi yang dapat saya buat, masakan emak memang tiada tandingannya. Marvelous!
Malamnya, saya rasa sunyi sangat. Rasa kosong. Apatah lagi bila adik-adik mengadu: "Kak, boringla mak takde. Sunyi je." Saya ingat saya sorang saja yang rasa, adik-adik yang lain pun sama. Ini baru mak duduk sekejap di hospital. Tak dapat bayangkan kekuatan iman ini kalau berlaku lebih dari itu. Sedangkan menghadapi ujian ini pun saya rasa dunia seakan gelap sementara, apatah lagi kalau diuji dengan ujian yang lebih besar dari ini. Wal'iyazubillah.
Hari ke-3 emak di hospital, pagi itu saya dikehendaki turun ke Seremban sempena majlis kesyukuran dan doa selamat bersama MB Negeri Sembilan untuk mahasiswa dan mahasiswi Negeri Sembilan yang belajar Mesir. Saya pun hadir bersama abah dan kak su. Sayu hati mak tiada di sisi. Selesai majlis, dalam perjalanan pulang ke rumah, mak hubungi abah menyatakan beliau sudah pulang ke rumah ditemani Pak Ngah dan Mak Ngah. Alhamdulillah, tak sabar nak jumpa mak.
Sesampainya di rumah, emak menunggu di depan pintu. Syukur ya Tuhan! Aku dizinkan menatap wajah emak lagi.
Buat teman-teman..kalau mak ayah kita mula tunjukkan tanda-tanda tidak sihat, cepat-cepatlah tanya keadaan mereka. Kadang-kadang, mak ayah suka sembunyikan sakit depan anak-anak. Pandai-pandailah kita pandang-pandang jeling-jeling mereka. Bila dah dapat tahu keadaan sebenar, cepat-cepatlah bawa pergi klinik. Jangan jadi macam saya, nampak mak sakit, tapi tak tahu nak buat apa sampailah abang balik, abang terus ajak mak pergi klinik. Bagus abang. Ingat teman-teman..darjat mak ayah tinggi di sisi Tuhan. Pabila kita ikhlas berbakti kepada mereka, bersedialah terima habuan istimewa dari-Nya.
Sedangkan Oren pun tercari-cari mak pabila mak tiada di rumah lantas mengiau-ngiau pabila nampak mak pulang dari hospital, inikan pula manusia..inilah dia KASIH SAYANG. Sama-samalah kita hargai nikmat keluarga, nikmat kasih sayang dari-Nya....
Itadakimasu...
2 years ago
4 comments:
Alhammdulillah, mak fida dah sihat..
masa peristiwa mesir tempoh hari, terfikir-fikir jugak status fida kat saner..
blog pun senyap..
alhamdulillah juga fida selamat balik ke tanah air..
Alhamdulillah..syukran awie.
Berkat doa awie n rakan2 yg lain juga..
Klu awie ada cntact kwn2 kta yg lain, tlg sampaikan salam fida ye.
alhamdulillah
moga terus diberi kshtn.
kasih ibu tiada tandingan.
berbakti selagi punya masa.
biar kudrat masih tersisa.
Syukran us..mga sya dpt berbakti slagi punya masa..amin.
Post a Comment