Total Pageviews

Sunday, January 2, 2011

^ALANG^

Alang? Apa maksudnya? Alang-alang menyeluk pekasamkah? Bukan..jeng3!


Inilah alang yang saya maksudkan. Alang..seorang adik yang sangat baik dan membuatkan hati ini berbunga-bunga kerana memiliki seorang adik sepertinya. 2 Januari 1989, dengan rasminya saya menjadi seorang kakak. Moga tidak terlambat untuk mendedikasikan entri ini buat alang.

Mengimbau kembali kenangan bersama alang di waktu kecil dahulu, dia agak nakal. Kadang-kadang, saya menangis kerana kekasaran tingkah lakunya. Saya pun tak kurang hebatnya, cepat sahaja naik tangan ingin memukulnya. Jika dibandingkan dengan abang, saya kerap bergaduh dengan alang. Maklumlah, umur pun tak jauh bezanya. Cuma selang setahun. Lagipun, dia tak sematang abang. Tapi itu cerita lama.

Kini alang berbeza:
1~ Rajin menolong mak dan saya mengemas rumah. Kipas yang hitam berhabuk, lalang-lalang yang meninggi di belakang rumah, pinggan mangkuk yang terbengkalai di dapur, semua dilicinkannya.

2~ Seorang yang peramah dan lucu. Suka buat-buat marah kalau nak tegur adik-adik di bawahnya. Kadang-kadang kelakar pula melihatnya. Alang juga tak kering dengan soalan. Macam-macam soalan ditanyanya membuatkan saya seronok berborak dengannya.

3~ Suka makan apa jua makanan yang berperisa coklat. Contoh: Coklat bar, kek coklat dan adik beradik coklat yang lainnya. (Buat alang, insya-Allah nanti kakak bawa coklat dari Mesir sebagai buah tangan eh bila kakak pulang ke Malaysia..doakanlah!)

4~ Suka warna putih. Motor pun putih.


5~ Memahami saya. Pernah suatu ketika, saya melukis. Alang yang sudah masak dengan perangai saya berkata: "Kejap lagi buang la tu." Memang tak lama selepas itu, saya pun membuang lukisan saya kerana tak berpuas hati dengan hasilnya. Walaupun ayat alang itu agak menyakitkan telinga kerana dia menggunakan uslub perli, namun terpaksalah saya akui kalau dah itu hakikatnya diri ini.

6~ Mudah memahami masalah kaum wanita dan tidak kekok menghadapinya. Tak perlu cerita panjang, biar saya dan emak sahaja yang tahu. Hehe.

7~ Rajin menolong emak di dapur. Pagi-pagi lagi dah dengar celotehnya di dapur sambil menolong emak membuat kuih raya. Kuih Almond London, huish..memang menjadi kegemarannya. Pernah suatu ketika, emak, saya dan alang membuat kuih itu hingga larut malam. Emak yang dah terlalu penat, masuk tidur dahulu. Tinggallah saya dan alang menahan mata untuk menyudahkannya. Saya menuang lapisan coklat, alang menabur badamnya. Hai, beruntunglah siapa yang jadi isteri alang nanti. Rajin menolong di dapur. Harap rajinnya itu berkekalan sampai bila-bila. Kalau terhenti, bermakna kuranglah satu ciri istimewa yang ada pada alang di sini.

8~ Seorang yang smart, hensem dan bergaya sampaikan dia pernah dapat anugerah 'Pelajar Terbersih' masa sekolah rendah dulu. Malu rasanya diri yang comot ini. 

9~  Ramai kawan tidak kira lelaki mahupun perempuan. Mungkin kerana keramahannya. 

10~ Taat pada emak dan abah. Apa sahaja nasihat yang keluar dari mulut emak dan abah diterima bulat-bulat tanpa sebarang bantahan walaupun terkadang nasihat itu berlawanan dengan kehendak hatinya. Mungkin kerana ketaatannya itulah yang membuatkan hidupnya berjalan dengan sangat lancar dan murah pula rezekinya. Subhanallah!

11~ Suka bergurau. Ada ke patut layan uwan macam budak-budak. Katanya kepada uwan kami yang terpaksa bertongkat untuk berjalan; "Ala uwan..tak tih sebulan lagi..tak tih sebulan lagi." Itu adalah ayat yang selalu kami gunakan pada kanak-kanak yang mula belajar untuk berjalan. (Jangan marah alang, walaupun kakak jauh, kakak tahu cerita ni sebab uwan yang report kat kakak, hehe.)

12~ Seorang yang pemurah. Dahulu, bila alang dapat saja gaji pertamanya, dia pun belanja kami sekeluarga makan. Bukan sahaja gaji pertama, kerap juga alang belanja. Alhamdulillah! Yang tak dapat nak lupa, bila alang beli bakso bawa balik rumah. Sedap sangat. Beli kat mana tu lang? =)

Rasanya, cukup setakat ini, kalau nak tahu secara mendalam tentang alang, silalah jadi isterinya atau abang iparnya.=) Buat adik-adik kakak yang lain, Rasyid, Hidayah dan Nurin, jangan kecil hati pula kakak tak tulis apa-apa tentang Rasyid, Kak Chik dan Kak Su. Insya-Allah, menyusul kemudian ok. Graf kasih sayang kakak terhadap adik-adik kakak sama rata. Bukannya graf turun naik. Ok, ilal liqa'! Assalamu'alaikum.




0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails