Total Pageviews

Sunday, September 23, 2012

Seruan IMAN

Wahai umat Islam..
Saya menyeru agar kita semua berbuat baik kerana Allah.
Kita tidak tahu rahsia dan hikmah di sebalik sesuatu kebaikan dan kebajikan yang kita lakukan.
Boleh jadi, dengan kebaikan itu rezeki kita akan bertambah selepas itu dan boleh jadi dengan kebajikan itu, kita selamat dari kecelakaan.
Apapun hikmahnya, yang terpenting sesuatu kebaikan yang dilakukan mestilah ikhlas kerana Allah.
Berbuat baiklah kepada sesiapa saja..bukan sahaja kepada manusia, bahkan haiwan serta tumbuh-tumbuhan. Kerana haiwan dan tumbuh-tumbuhan juga adalah makhluk Allah. Makhluk yang diberikan hak makan minumnya, pernafasannya oleh Allah kerana Dia Maha Pemurah dan Maha Adil.
Tempoh untuk kita berbuat baik tidak lama, pejam celik akhirnya kita akan pejam mata selamanya.
Walaupun diri kita berada jauh untuk mencapai tahap TAQWA, sekurang-kurangnya kita perlu berusaha untuk mencapai tahap IMAN yang sebenar. Sepertimana firman Allah dalam surah al-Mu'minun ayat 1 - 11 yang mafhumnya:


1.  Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman,
2.  (yaitu) orang-orang yang khusyu' dalam sembahyangnya,
3.  Dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna,
4.  Dan orang-orang yang menunaikan zakat,
5.  Dan orang-orang yang menjaga kemaluannya,
6.  Kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau budak yang mereka miliki[994]; Maka Sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada terceIa.
7.  Barangsiapa mencari yang di balik itu[995] maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas.
8.  Dan orang-orang yang memelihara amanat-amanat (yang dipikulnya) dan janjinya.
9.  Dan orang-orang yang memelihara sembahyangnya.
10.  Mereka Itulah orang-orang yang akan mewarisi,
11.  (yakni) yang akan mewarisi syurga Firdaus. mereka kekal di dalamnya.

[994]  Maksudnya: budak-budak belian yang didapat dalam peperangan dengan orang kafir, bukan budak belian yang didapat di luar peperangan. dalam peperangan dengan orang-orang kafir itu, wanita-wanita yang ditawan Biasanya dibagi-bagikan kepada kaum muslimin yang ikut dalam peperangan itu, dan kebiasan Ini bukanlah suatu yang diwajibkan. imam boleh melarang kebiasaan ini. Maksudnya: budak-budak yang dimiliki yang suaminya tidak ikut tertawan bersama-samanya.
[995]  Maksudnya: zina, homoseksual, dan sebagainya.

Persoalannya, adakah kita telah mencapai tahap iman yang sebenar?

Adakah kita telah khusyuk dalam solat?
Adakah kita telah menjauhi perbuatan dan perkataan yang sia-sia?
Adakah kita telah menunaikan semua zakat yang diwajibkan?(Bukan hanya zakat fitrah.)
Adakah kita telah memelihara kemaluan dari zina, homoseksual, onani dan sebagainya yang diharamkan oleh Allah?
Adakah kita telah memelihara amanah dan menunaikan janji sepenuhnya?
Adakah kita solat pada waktunya?

Oleh itu, mari kita tepuk dada, tanya iman. Waallahua'lam.




Related Posts with Thumbnails