Total Pageviews

Tuesday, August 23, 2011

Hati yang terpinggir....

Hati itu cantik,
Bersinar bercahaya,
Tiada tangis tiada derita..
Malam berganti siang,
Siang berganti malam,
Sembilu makin memanah,
Hati kian parah..
Luka berdarah, lubang bernanah..
Remuk redam akibat pendam..
Mencari tempat mengadu,
Sukar dijumpa..
Disimpan menjadi virus..
Hanya DIA penyembuh segala....


Saturday, August 6, 2011

Ustazah Sekolah Rendah

Situasi 1:

Anak murid: Ustazah! Saya kagum dengan ustazah sebab ustazah tak pernah marah. Ustazah selalu sabar dan sentiasa tersenyum.

Hati ustazah: Ustazah ambil contoh daripada cikgu ustazah dahulu, Cikgu Naumi. Hakikatnya ustazah bukan seorang penyabar, nak.

Situasi 2:

Anak murid: Ustazah! Hari ni ustazah nampak cantiklah.

Ustazah: Hari ni je? Hari lain takla.

Anak murid: Ala, ustazah ni.

Hati ustazah: (Tersenyum lucu melihat telatah anak murid)

Situasi 3:

Cikgu Bahasa Melayu: Ustazah! Ada budak kena sampuk, ustazah tolong tengok-tengokkan boleh?

Hati ustazah: Ya Allah! Aku tak pernah belajar ilmu perubatan Islam..setakat baca mana yang tahu tu bolehlah..macam mana ni..tolong aku ya Allah!

Situasi 4:

Cikgu M: Ustazah, tolong nasihatkan akak. Akak dah cuba banyak kali kuatkan jiwa tapi tak boleh. Sekejap je boleh bertahan, lepas tu akak terkenangkan balik suami dan anak-anak akak yang meninggal accident hari tu.

Ustazah: Akak tak boleh macam ni. Akak kena kuat. Kalau akak lemah, anak-anak akak yang lain lagilah lemah. Kasihan mereka, kak. Mereka perlukan akak sebagai tempat bergantung sekarang dan sebagai penguat semangat mereka. Kalau mereka lihat akak kuat, mereka pun akan kuat. Saya yakin akak boleh. Semuanya ini ada hikmahnya. Kita perlu ingat kak, mungkin ada orang yang lebih hebat ujiannya lagi. Bersabar banyak-banyak kak.

Hati ustazah: Ya Allah, kuatkan dia. Aku hanya mampu menasihati sedangkan aku sendiri pun tidak tahu samada aku mampu tabah dan sabar jika ditakdirkan ujian sehebat itu menimpaku. Wal'iazubillah.

Situasi 5:

Ustazah: Ok, hari ni ustazah nak ajar melukis menggunakan lilin. Cuba lakar corak ni atas kertas lukisan menggunakan lilin yang ada pada kamu. Selepas tu, warnakan kertas lukisan tu dan lihat hasilnya.

Murid-murid darjah 1: Wah..ustazah buat magikla. Cantiknya.

Hati ustazah: Hei..macam-macam budak-budak ni..(tersenyum lucu)

Situasi 6:

Ustazah: Sudah! Sudah! Cukup-cukupla tu main lawan-lawan. Sini, ustazah nak tunjukkan sesuatu.

Murid-murid nakal darjah 4: Apa tu ustazah? Ni dekat mana ni ustazah? Ni kubur kan ustazah?

Ustazah: Ni kat Mesir..ni namanya maqam. Maqam ni gelaran bagi kubur orang yang soleh.

Murid-murid nakal darjah 4: Ooo..(Tertarik dan terus menyoal)

Hati ustazah: Dah tiada cara lain untuk tenangkan anak-anak murid..guna handphone jela untuk tarik perhatian mereka.

Situasi 7:

Anak murid: Ustazah! Saya nak bagi sesuatu.(Menghulurkan sampul putih)

Ustazah: Apa dalam sampul ni?

Anak murid: Dah nak raya ni, saya nak bagi ustazah duit raya.

Ustazah: Eh2..sepatutnya ustazah yang kena bagi, bukan kamu.

Anak murid: Takpelah, ustazah! Ustazah ambillah.

Ustazah: Macam nilah..S simpan duit ni, bila buka sekolah nanti boleh gunakan untuk beli barang-barang sekolah. Nanti S dapat tolong ringankan beban mak ayah kan.

Anak murid: Baiklah ustazah.

Hati ustazah: Aduh, anak murid2.

Situasi 8:

Hati ustazah: Dah nak habis tempoh mengajar ni, macam-macam jenis kad aku dapat dari anak-anak murid. Kalau mengajar di bandar, mesti diberi kad-kad dan hadiah-hadiah yang mahal. Tapi aku tak kisah, walaupun kad-kad ni hasil tangan mereka sendiri dan hadiah-hadiah yang aku dapat ni barang second hand(mak mereka yang punya) namun aku bersyukur kerana kad-kad buatan tangan dan hadiah-hadiah second hand ni melambangkan keikhlasan hati anak-anak muridku dalam menghargai aku. Sanggup mereka melukis dan menggunting kad untukku..sanggup mereka meminta izin dari emak sendiri untuk menghadiahkan kerongsang kepunyaannya kepadaku. Sungguh terharu..alhamdulillah!

Kesimpulan: Pengalaman mengajar di sebuah sekolah rendah di kawasan pedalaman banyak mengajarku erti tanggungjawab dan kasih sayang sesama insan. Hidup ini bukan hanya perlu diberikan perhatian dan tumpuan kepada masa depan diri sendiri sahaja tetapi juga orang lain. Rasa bersalah membelenggu diri jika mengabaikan hati, perasaan, ilmu, akhlak dan kehidupan orang lain yang memerlukan bimbingan dan huluran tangan.

Wednesday, May 11, 2011

PUTIH

Putih itu suci,
Putih itu damai,
Putih itu asli..
Hari-hari yang mendatang,
Aku ingin sentiasa putih,
Biar zahir aku hitam,
Asal batin aku putih,
Putih hati,
Putih jiwa,
Putih nurani..
Kerana Tuhan memandang putihnya hati,
Putihnya amalan dari sebarang noda..
Namun,
Putih bukan itu semata,
Putih itu sunyi,
Putih itu sepi..
Ya Tuhan,
Pimpin daku menggapai redha-Mu,
Hingga saat aku bertemu putih yang satu..
Putih kain kapanku..
Kerana putih itu mati….

Thursday, May 5, 2011

Jiran oh Jiran!

Bismillahirrahmanirrahim..
Hari ini saya berminat untuk mengulas serba sedikit tentang JIRAN. Sejak saya kecil hingga remaja sekarang, telinga ini tidak lekang dari mendengar masalah kejiranan. Dalam tempoh 24 tahun hidup ini, saya dan keluarga telah bermastautin di beberapa buah tempat. Di mana saja kami menetap, pasti tidak lepas dari masalah kejiranan.

Umpat mengumpat sesama jiran, pura-pura, mengadu domba, masam muka, pergaduhan, khianat mengkhianati, sihir menyihir dan banyak lagi sudah menjadi sinonim apabila kita bicarakan tentang jiran. Masya-Allah! Sungguh semua ini telah menyimpang dari apa yang diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW.

Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka dia hendaklah berkata yang baik atau diam, dan sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka dia hendaklah memuliakan jiran tetangga dan sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka dia hendaklah memuliakan tetamunya."
-Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim.

Apakah yang dimaksudkan dengan "..maka dia hendaklah memuliakan jiran tetangga.." seperti mana yang disebutkan dalam mafhum hadis di atas? Maksudnya ialah dengan berbuat baik, tidak menyakiti dan tidak melakukan kejahatan terhadap mereka. Dapatlah difahami di sini bahawa kita ditegah dari menyakiti jiran tetangga dalam apa jua bentuk samada melalui perkataan apatah lagi perbuatan.

Wednesday, April 20, 2011

Alhamdulillah..mak sudah sihat!

Assalamu'alaikum..
Setelah sekian lama menyepi tanpa meng'update' blog ini, hari ini saya punya kesempatan untuk berkongsi kisah suka duka hidup ini kepada semua(walaupun saya tak punya ramai follower.)
Alhamdulillah, syukur kepada-Nya atas nikmat pulang ke Malaysia pada 7 Februari 2011 yang diberikan-Nya dalam operasi ops piramid yang lalu. Sungguh tidak saya duga saya akan dapat menatap wajah emak, abah dan adik-beradik secara tiba-tiba. Syukur Alhamdulillah.

Sesampainya saya di rumah, Oren(kucing peliharaan keluarga) sudah menunggu di dalam rumah. Persis kucing Mesir. Rangkanya besar, badannya panjang. Kucing di Mesir pun kalah barangkali.

Dua tiga hari sesudah sampai, saya banyak ke hulu ke hilir untuk menyelesaikan urusan menterjemah lesen kereta dan mencari kerja. Malangnya, kedua-duanya tidak berjaya dibereskan memandangkan status saya yang tidak menentu. Mohon mengajar, tidak dapat. Nak terjemah lesen pula, maklumat di kertas terjemahan tidak lengkap. Apakan daya, kita hanya boleh merancang, Tuhan yang menentukan apa yang terbaik buat kita. Walau apapun, alhamdulillah di atas segala ketentuan-Nya. Mungkin Dia mahu saya memanfaatkan masa cuti yang sekejap itu bersama keluarga agar saya tahu betapa besarnya nikmat Allah yang satu ini. KELUARGA.

Tuesday, January 11, 2011

Origami

As-salamu qablal kalam..assalamu'alaikum..
Jika anda sedang melayari internet dan hanya merayau-rayau tidak tahu apa yang sedang anda layari, jom ikut saya layari web youtube dan search 'origami.' Bagi peminat hasil kerja seni, di sini pelbagai bentuk origami boleh dipelajari. Saya sendiri telah mencubanya. Anda bila pula?


Ini origami bakul, tapi belum siap sepenuhnya. Tunggu....


Siap sudah akhirnya..tapi nampak kosong. Nak isi apa ye?


Jeng3! 
Untuk mengelak dari nampak kosong, kita isikan dengan origami bunga!

Bagi sesiapa yang sedang tension duduk di rumah tak buat apa-apa, bolehlah cuba! Sekurang-kurangnya ia boleh dijadikan hiasan rumah. Kerja seni sebegini memerlukan kesabaran. Jangan bertambah tension sudahlah! SELAMAT MENCUBA! 

Pshh..Allah itu cantik dan Allah suka pada kecantikan.

Sunday, January 2, 2011

^ALANG^

Alang? Apa maksudnya? Alang-alang menyeluk pekasamkah? Bukan..jeng3!


Inilah alang yang saya maksudkan. Alang..seorang adik yang sangat baik dan membuatkan hati ini berbunga-bunga kerana memiliki seorang adik sepertinya. 2 Januari 1989, dengan rasminya saya menjadi seorang kakak. Moga tidak terlambat untuk mendedikasikan entri ini buat alang.

Mengimbau kembali kenangan bersama alang di waktu kecil dahulu, dia agak nakal. Kadang-kadang, saya menangis kerana kekasaran tingkah lakunya. Saya pun tak kurang hebatnya, cepat sahaja naik tangan ingin memukulnya. Jika dibandingkan dengan abang, saya kerap bergaduh dengan alang. Maklumlah, umur pun tak jauh bezanya. Cuma selang setahun. Lagipun, dia tak sematang abang. Tapi itu cerita lama.

Kini alang berbeza:
Related Posts with Thumbnails