Total Pageviews

Tuesday, June 8, 2010

Kata untuk dirasa

Assalamu'alaikum sahabat semua..hari ni saya exam Fiqh Syafie..balik exam online jap, buka blog ni. Tangan rasa nak mencoret sesuatu dalam blog ni tapi tak tahu nak tulis apa. Tiba-tiba saya rasa nak kongsi lirik-lirik nasyid ni untuk kita rasa sama-sama.

Buta Mata
Munsyid : Saff One
http://liriknasyid.com


Buta mata tak nampak jalan di dunia
Kerana tidak nampak cahaya
Tidak tahu ke mana hendak dituju
Ke hilir atau ke hulu

Selamatlah di dunia fana ini
Bila mana mata tidak buta
Melalui pengalamaan diri
Kerana jalan itu sudah biasa

Friday, June 4, 2010

NAGA YANG TIDAK AKAN PERNAH KEHABISAN APINYA

Ada sebuah kapal berlayar tenang di perairan antarabangsa membawa anak-anak kapal yang terdiri daripada golongan lelaki, wanita, tua, muda, bayi pun ada. Kelihatan ada banyak bendera di kapal itu. Namun, tiada satupun yang berlambangkan tengkorak. Tiba-tiba, kapal itu diserang api seekor naga yang besar dari jauh. Mungkin naga itu rasa marah dan tercabar kerana kawasan tawanannya akan didekati dan dimasuki oleh orang asing. Selama ini, saya fikir naga sudah pupus. Tetapi setelah mendengar berita tentang serangan tentera Israel ke atas kapal-kapal yang mengambil bahagian dalam misi bantuan antarabangsa untuk rakyat Palestin baru-baru ini, ternyata sangkaan saya meleset. Rupa-rupanya naga tidak pernah lenyap di atas muka bumi ini. Dia menyorok di dalam gua tidak mahu menampakkan rupanya yang sebenar takut-takut dikecam oleh manusia. Akhirnya, dengan serangannya ke atas kapal-kapal itu, dia dikecam manusia di seluruh dunia. Sudah tentu sahabat dapat meneka siapakah naga yang saya maksudkan? Tidak lain tidak bukan tentera Israel, orang Israel beserta sekutu-sekutunya yang menyokong kuat tindakan ini.

Sunday, May 30, 2010

Ya Rasulullah..


Ya Rasulullah!
Biar apapun jua wadahnya kau dipersendakan,
Tidak sedikit pun dapat merendahkan martabatmu di sisi Tuhan..
Kau tetap yang teratas..
Kedudukanmu takkan pernah berganjak..kau terus agung di hati kami.
Biar apapun jua tohmahan yang dilemparkan padamu, kau tetap yang benar.
Jika kau adalah pemilik kebenaran, mereka tidak lain tidak bukan adalah pemilik penipuan, pendustaan yang diada-adakan.
Merekalah yang kian dalam tercampak di neraka..
Nantikan saja wahai pendusta-pendusta kebenaran akan apa yang kau dustakan selama ini!
Nantikan saja! Jangan sekali-kali kau bertaubat kalau masih meragukan azab Tuhan! Sampai saatnya akanku buktikan!

Wednesday, May 12, 2010

KHALIFAH ZUHUD, UMAR BIN ABDUL AZIZ


Assalamu'alaikum..
Kali ini saya berminat untuk kongsikan dengan pembaca sekalian tentang peribadi zuhud seorang khalifah yang agung suatu masa dahulu iaitu Umar Bin Abdul Aziz.

Beliau adalah Umar Bin Abdul Aziz Bin Marwan Bin al-Hakam Bin Abu al-'As Bin Umayyah Bin Abd Syams Bin Abdul Manaf al-Qurasyi al-Umawiy. Ibunya ialah Ummu 'Asim Laila Binti 'Asim Bin Umar Bin al-Khattab RA yang digelar sebagai Abu Hafs.

Monday, May 10, 2010

ABAH


Ayahku bernama Md Kamal Bin Ismail. Aku memanggilnya dengan panggilan abah. Orangnya genius, berdiri atas kaki sendiri, penyayang tapi tegas, berdisiplin, berjiwa kuat dan banyak lagi yang tidak dapat untukku senaraikan di sini. Kuat merajuk pun ye..hehe. Jangan marah abah. Kuat merajuk menandakan seseorang itu lembut hatinya sebenarnya walaupun tampak tegas.

EMAK



Ibuku bernama Pairus binti Zakaria. Aku memanggilnya dengan panggilan emak. Asal namanya bermula dengan huruf F iaitu Fairus tetapi atas kesilapan teknikal sewaktu proses mengeluarkan surat beranaknya, namanya bertukar menjadi Pairus, bermula dengan huruf P. Tidak mengapalah, anggap sajalah makna namanya tidak berubah iaitu batu permata. Ibuku seorang yang peramah berbeza dengan ayahku seorang yang pendiam. Antara sifat-sifatnya yang dapat kulihat, beliau seorang ibu yang penyayang, sabar, kuat dan tabah, pandai berdikari, ceria dan banyak lagi….

JIKA

Jika seseorang merasakan hidupnya amat susah dan sempit sekali, ketahuilah bahawa ada insan yang lebih susah dan sempit lagi hidupnya berbanding dirinya. Maka bersyukurlah selalu di atas nikmat pemberian-Nya.

Jika seseorang merasakan dengan bersikap tegas itu berkesan dalam teguran, kadang-kadang dengan bersikap lemah lembut itu lebih berkesan lagi.

Jika seseorang memandang serong terhadap seseorang yang lain sedangkan dia belum cukup mengenalinya, maka wajarkah tanggapan itu?
Related Posts with Thumbnails