Total Pageviews

Friday, October 15, 2010

MAJLIS PENGHARGAAN DAN KECEMERLANGAN MAHASISWA/WI KALI KE-3, 2010

Malam semalam, 14 Oktober 2010 merupakan satu malam yang buat pertama kalinya aku tidak dapat mengenal pasti rasa hatiku dalam satu majlis yang sangat meriah bagi semua graduan dan pelajar cemerlang. Walaupun aku salah seorang daripada pelajar-pelajar cemerlang itu, entahlah..tak tahu bagaimana nak gambarkan perasaan ni. Gembira bukan..rasa hambar..sayu pun ada..ya, sayu! Perasaan sayulah yang telah menutup suasana riang malam semalam. Zahirnya, memang aku tersenyum di hadapan semua orang, namun hakikatnya aku sayu. Inilah yang dikatakan senyum dalam sendu, ketawa dalam tangisan.

Monday, October 4, 2010

Seuntai kata untuk dirasa

Assalamu'alaikum. Kadang-kadang dalam hidup ini, ada ungkapan-ungkapan tertentu yang mengetuk pintu hati dan membuka mata kita. Di sini saya ingin kongsikan beberapa ungkapan yang membuat kotak minda saya berfikir dalam.
 

PERTAMA: Kita mencintai seseorang kerana apa? Adakah kerana hartanya? Atau kerana pangkatnya? Atau kerana rupanya? Atau kerana peribadinya yang baik? Jika kerana harta, harta akan susut. Jika kerana pangkat, pangkat boleh ditarik. Jika kerana rupa, rupa hanya sementara. Sampai masa, ia akan berkerut dan dimakan masa. Kalau tidak, ia akan punah sebelum tua disebabkan kemalangan atau sebagainya. Jika kerana peribadinya yang baik, ia boleh berubah dan bertukar menjadi sebaliknya angkara nafsu dan syaitan. Jadi, kita mencintai seseorang kerana apa?

Friday, September 24, 2010

Titian Kehidupan


Kadang-kadang dalam hidup ini, kita tak dapat apa yang kita kehendaki. Kita sedih, kita menangis, kita terluka. Namun selepas itu, Allah datangkan pelangi untuk kita fahami bahawa di sebalik hujan ada pelangi indah yang sedang menanti.

Wednesday, September 22, 2010

Sunnahmu, ikutanku....



Dahulu, di waktu kecilku, ibu dan ayah mengajarku agar melakukan setiap pekerjaan menggunakan tangan kanan kecuali dalam perkara-perkara tertentu sahaja yang dibenarkan menggunakan kanan kiri.

Makan dengan tangan kanan, minum dengan tangan kanan, memberi dengan tangan kanan, mengambil dengan tangan kanan, menulis dengan tangan kanan, bersalaman dengan tangan kanan, pendek kata semuanya dengan tangan kanan. Bila ditanya mengapa? Kerana tangan kiri digunakan untuk membersihkan najis. Mungkin itulah jawapan yang paling mudah untuk difahami oleh kanak-kanak sepertiku satu masa dahulu. Kini, aku telah meningkat dewasa. Barulah aku tahu bahawa aku disuruh menggunakan tangan kanan bukan kerana hanya satu sebab sahaja tetapi yang terutama ia adalah sunnah baginda Rasulullah SAW. Malangnya, semakin meningkat dewasa, aku semakin mencuaikan sunnah baginda. Terkadang, aku memberi dan mengambil dengan tangan kiri. Minum dengan tangan kiri. Sudahlah menulis dengan tangan kiri kerana kidal, kerja lain pun nak dilakukan dengan tangan kiri.

Saturday, August 21, 2010

Happy Birthday to Me??

20 Ogos 1987..genaplah usiaku 23 tahun. Teman, sahabat dan keluarga mengucapkan 'Selamat Hari Lahir' kepadaku diiringi doa semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki..aku menyambung di dalam hati, moga aku dipanjangkan umur dalam kebaikan dan ketaatan kepada-Nya dan dimurahkan rezeki yang halal. Pabila kufikir-fikirkan, apabila tiba hari ulang tahun kelahiran seseorang, orang yang lebih layak diberikan penghargaan adalah ibu dan bapa. Ibu yang bertarung maut untuk melahirkan dan bapa yang bertarung dengan perasaan risau yang memuncak menunggu khabar selamat isteri dan anaknya. Maka, di kesempatan ini, jutaan bukan sahaja jutaan malah trillion terima kasih kuucapkan kepada emak dan abah atas segala pengorbanan yang diberikan sejak 23 tahun lalu malah sejak aku di dalam kandungan lagi.

Wednesday, July 28, 2010

Result..result....


Bila sebut tentang result exam ni, hati berdebar-debar. Namun, apa yang pastinya aku sudah lakukan sehabis baik dalam ujian penilaian pemahaman ilmu agama yang kutimba. Semua itu dengan izin dari-Nya jua. Tanpa ilham dari-Nya untuk aku berusaha dan ikhlas menuntut ilmu kerana-Nya, aku tak berdaya. Tanpa kekuatan yang dikurniakan-Nya kepadaku untuk aku menggerakkan badanku memegang buku, aku takkan berdaya. Sungguh, Allah inginkan kebaikan buat hamba-hamba-Nya. Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang terhadap hamba-hamba-Nya.

Monday, July 26, 2010

Fikir Sejenak!


SITUASI PERTAMA

"Ndek..pegi panggil abah makan deh!" Suruh uwanku kepada kucing peliharaannya yang bernama Pendek ketika makanan sudah siap dihidang untuk disantap. Lantas Pendek pun pergi ke ruang tamu mendekati atukku yang sedang menonton televisyen. Dia pun mengiau-ngiau sambil berlegar-legar di kaki atukku.
"Eh, dia fahamla tuk!" Aku kagum melihat Pendek yang boleh memahami tutur kata uwanku.
"Hahahaha..paham deh, apo lak tak paham eh." Lebih kurang begitulah jawapan balas atukku kepadaku suatu masa dahulu.
Betapa taatnya seekor kucing kepada tuannya. Bila difikirkan, pohon-pohon dan haiwan-haiwan tidak pernah mengingkari suruhan Tuhan, sentiasa taat kepada-Nya. Berzikir senantiasa kepada-Nya sejak dahulu hingga sekarang. Tidak pernah alpa. Sedangkan manusia..taatnya, ibadahnya, akhlaknya makin hari, makin terhakis. Haiwan punya nafsu semata. Manusia punya nafsu dan akal sama. Namun, mengapa terleka?

SITUASI KEDUA
Related Posts with Thumbnails